BM | EN | 中文

BEKALAN AIR BERJADUAL DI JOHOR DIHENTIKAN ESOK

jimmy-lawatan-LRA.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OKT: Bekalan air berjadual di seluruh negeri Johor akan ditamatkan esok berikutan musim hujan berterusan sejak beberapa minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse berkata, ia melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang (Simpang Rengam), Pontian dan Mersing.

“Langkah ini dapat dilakukan selepas mengambil kira situasi musim hujan yang telah bermula sejak beberapa minggu yang lalu dan diharap taburan hujan ini dapat membantu meningkatkan paras empangan dan sungai yang terkesan.

Advertisement

“Namun begitu, para pengguna disarankan merancang penggunaan air dengan teratur dan berhemah memandangkan paras semasa empangan dan sungai yang berkaitan masih lagi belum stabil dan mencapai paras normal,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Jimmy berkata, Sungai Gembut yang membekalkan air mentah kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Gembut sehingga 22 Oktober lepas, merekodkan bacaan paras semasa 0.22 meter berbanding paras normal 0.77 meter.

“Bagi Sungai Sedili Kecil yang membekalkan air mentah kepada LRA Lok Heng, bacaan paras semasa adalah pada 1.53 meter berbanding 2.75 meter paras normal.

Advertisement

“Empangan Machap yang membekalkan air kepada LRA Simpang Renggam mencatatkan bacaan 14.38 meter berbanding 16.00 meter paras normal.

“Bagi Empangan Labong yang membekalkan air mentah kepada LRA Endau mencatatkan bacaan 5.07 meter berbanding 8.42 meter paras normal,” katanya.

Jimmy berkata, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan kerjasama operator SAJ Ranhill, pihaknya akan berusaha semaksima mungkin bagi memastikan bekalan air bersih di negeri ini sentiasa mencukupi agar bekalan air berjadual tidak dilaksanakan.

Advertisement

“Melainkan atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan seperti faktor cuaca panas kering melampau,” katanya.

Dalam pada itu Jimmy memaklumkan, orang ramai boleh menghubungi pihak Ranhill SAJ melalui talian mesra 1 800 88 7474 atau SMS ke talian 019 7727474 untuk soalan lanjut.

Sebarang maklumat dan info terkini boleh didapati di laman sesawang www.ranhillsaj.com.my

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top