BM | EN | 中文

Bekalan air bagi 35,000 pengguna di Muar terlibat pencemaran ammonia pulih

jimmy-puah-adun-bukit-batu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JAN : Bekalan air kepada kira-kira 35,000 pengguna di sebahagian Muar yang terbabit dengan kesan pencemaran ammonia pulih di mana pengguna telah mula menerima bekalan air sepenuhnya pada petang semalam.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, kualiti air yang diterima pula masih dalam proses pemulihan dan terdapat pengguna menerima bekalan air agak kekeruhan.

Bagaimanapun, bekalan air yang diterima adalah menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

“Pihak Operator Ranhill Syarikat Air Johor (SAJ) sedang berusaha untuk memastikan kualiti air yang lebih baik dan dimaklumkan proses pemulihan kualiti air ini juga bergantung kepada kualiti semasa air mentah di sungai berkenaan.

“Berikutan insiden ini, pihak Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) dan Ranhill SAJ dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menjalankan siasatan yang lebih terperinci bagi memastikan punca pencemaran tersebut.

“Kerajaan akan mengambil satu tindakan yang sangat tegas terhadap pelaku yang tidak bertanggungjawab mencemarkan sungai sehingga menyebabkan bekalan air terawat untuk rakyat terputus,”katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisement

Jimmy berkata, pencemaran ammonia berkenaan telah berlaku sehingga menyebabkan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Panchor 3 berkurangan sebanyak 20 peratus.

Katanya, ia telah mula dikesan pada 31 Disember 2019 dan pencemaran itu dipercayai dari kolam akhir takungan effluent milik industri tertentu di Kawasan Perindustrian Segamat II yang memasuki Sungai Kenawar- Sungai Chodan dan seterusnya ke Sungai Muar.

Jelasnya, oleh itu, pada 1 Januari lalu bekalan air ke kawasan Muar terjejas teruk ekoran Sungai Muar yang merupakan sumber utama bekalan air di daerah Muar dikesan menerima paras ammonia yang tinggi iaitu melebihi 2.5 PPM dan menyebabkan LRA Panchor 3 terpaksa meminimumkan operasi.

Advertisement

“Antara langkah yang telah diambil bagi mengurangkan kesan ammonia tersebut adalah dengan melepaskan air mentah tambahan dari Empangan Juaseh Segamat sebanyak 440 MLD.

“Situasi ini juga telah menyebabkan loji terbabit mengalami pengurangan bekalan air terawat sekaligus tidak dapat memenuhi keperluan permintaan bekalan air semasa kawasan terlibat.

“Pemberitahuan berkaitan insiden berkenaan telah mula disalurkan kepada orang ramai melalui sosial media dan laman web rasmi Ranhill SAJ pada 1 Januari 2020. Seterusnya maklumat dikemaskini setiap hari berkaitan status pemulihan di kawasan-kawasan terbabit.

Advertisement

“Pihak Ranhill SAJ juga turut menggerakkan 10 lori tangki air dalam satu masa bagi memberi bantuan air mengikut keutamaan lokasi yang terjejas,” katanya lagi.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sebarang persoalan atau aduan berkaitan bekalan air, pengguna boleh menghubungi terus Ranhill SAJ di talian 1 800 88 7474 atau customer.care@ranhill.com.my.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top