BM | EN | 中文

BEBERAPA SYARIKAT AUSTRALIA TUNJUK MINAT TEROKA PELUANG PELABURAN DI JOHOR, KATA EXCO

News-27-8-29-11.23am.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Lebih 10 syarikat berpengkalan di Australia menunjukkan minat bagi melabur di Johor, termasuk dalam bidang pendidikan, pelancongan dan pembuatan.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, hasrat itu dinyatakan syarikat-syarikat berkenaan dalam sesi seminar perniagaan delegasi Johor dalam Misi Perdagangan Australia baru-baru ini.

“Saya mengetuai delegasi Johor ke Misi Perdagangan Australia pada 21 dan 22 Ogos lalu bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking selain turut disertai Johor Corporation (JCorp), Khazanah, Iskandar Investment Berhad and Digital Johor.

Advertisement

“Pada hari kedua lawatan, seminar perniagaan dianjurkan dan menarik ratusan peserta dan sesi ‘perniagaan-kepada-perniagaan’ (b2b) menyaksikan delegasi Johor menerima pertanyaan lebih 10 syarikat Australia yang menunjukkan minat melabur di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jimmy berkata hasrat syarikat-syarikat tersebut melabur di Johor berikutan keyakinan terhadap pencapaian negeri itu sebagai penyumbang utama sektor pembinaan di Malaysia.

Dalam lawatan ke Australia tersebut, delegasi Johor turut melawat Swinburne University of Technology di Melbourne untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama terutama perkembangan teknologi Revolusi Industri 4.0 yang praktikal bagi kegunaan industri.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top