BM | EN | 中文

Beberapa syarikat antarabangsa tunjuk minat projek IMBRT di Iskandar Malaysia

IMBRT-Projek-Iskandar-Malaysia-Bus-Rapid-Transit.jpg

Gambar Ehsan Twitter @IMBRTOfficial

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Beberapa syarikat antarabangsa telah menunjukkan minat untuk membekalkan bas masing-masing untuk projek Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT) yang bakal beroperasi dalam kawasan wilayah Iskandar Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata setakat ini, terdapat satu model bas telah dihantar oleh sebuah syarikat.

“Baru-baru ini telah sampai model bas untuk ditunjukkan kepada kita dan beberapa syarikat lain juga telah mencadangkan bas masing-masing.

Advertisement

“Pakar perunding telah menyiapkan reka bentuk dan jajaran juga sudah diketahui. Saya rasa tahun ini kita boleh mula keluarkan tender,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai projek berkenaan dalam sidang media, di sini, semalam.

BRT adalah sistem transit bas yang mempunyai lorong khusus membabitkan laluan kira-kira 300 kilometer, merangkumi 90 peratus capaian perkhidmatan dalam kawasan di Wilayah Iskandar Malaysia.

Bernama

Advertisement

 

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top