BM | EN | 中文

BEBERAPA NAMA BERPOTENSI JADI CALON KERUSI TANJUNG PIAI

IMG-20191004-WA0007.jpg
Advertisement

MUAR, 4 OKT: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah ada beberapa nama yang dilihat berpotensi untuk dipilih sebagai calon kawasan parlimen Tanjung Piai.

Namun katanya, PH masih belum memutuskan nama calon yang akan mewakili dan mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai.

“Hari ini tidak lagi (bincang senarai calon). (Tetapi) itu satu perkara yang kita selalu ambil perhatian. Kita sudah ada juga beberapa nama tetapi kita (masih) ada masa.

Advertisement

“Kita akan putuskan yang mana sesuai, yang popular, yang berhemah, yang berpendidikan, yang mungkin (anak) tempatan. Kita akan kemukakan kepada pimpinan PH untuk diterima dan diputuskan (kemudian),” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PH Johor di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pagoh di Pagoh Jaya, dekat sini, hari ini.

PRK Tanjung Piai dijadualkan 16 November ini berikutan kematian ahli parlimennya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, akibat komplikasi jantung 21 September lepas.

Advertisement

Dr Md Farid, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, meninggalkan seorang balu dan tiga anak perempuan.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top