BM | EN | 中文

Beberapa jalan di pusat bandar Johor Bahru ditutup sempena Perarakan Chingay 2020 

jalan-ditutup.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 FEB: Sempena sambutan Perarakan Chingay 2020, beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, penutupan itu akan dibuat bermula esok hingga Sabtu ini.

“Antara jalan-jalan utama yang akan ditutup termasuklah Jalan Trus, Jalan Gereja, Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Ulu Air Molek dan Jalan Wong Ah Fook.

Advertisement

“Sehubungan itu, penggunaan jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Shahurinain turut mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan sepanjang perarakan itu berlangsung.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top