BM | EN | 中文

Beberapa faktor jadi penentu kejayaan ‘total lockdown’ di Johor

dzulkefly-ahmad.png
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 31 MEI: Ukuran dalam menentukan kejayaan kerajaan Johor dalam ‘total lockdown’ yang dikuatkuasakan mulai 1 Jun bergantung kepada beberapa faktor.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, antara faktor utama yang menentukan kejayaan ‘total lockdown’ ini adalah bergantung kepada isu pokok utama iaitu bekalan vaksin.

Katanya dalam satu kenyataan, program vaksinasi adalah salah satu senjata ampuh dalam memerangi pandemik Covid 19 selain daripada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Advertisement

“Sasaran Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) adalah untuk menyasarkan 80 peratus rakyat divaksin bagi menwujudkan imuniti komuniti (herd immunity).

“Negara dan negeri Johor khususnya memerlukan bekalan vaksin yang mencukupi dan sampai dalam masa yang segera supaya sasaran vaksin 80 peratus bagi mewujudkan imuniti komuniti dapat dicapai secepat mungkin.

“Fakta menunjukkan negara yang telah melaksanakan vaksinasi melebihi 50 peratus seperti Amerika Syarikat, UK, Kanada dan Israel, mereka telah berjaya melandaikan lekuk jangkitan Covid 19 secara berkesan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Advertisement

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, turut memaklumkan negeri Johor mencatatkan pendaftaran mendapatkan suntikan vaksin seramai 1,494,093 orang, setakat 31 Mei 2021

Katanya lagi, seramai 92,232 orang yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin dan seramai 170,243 orang yang menerima 1 dos suntikan sahaja.

“Ini menunjukkan jumlah yang telah menerima 1 dos dan 2 dos suntikan vaksin jauh lebih rendah daripada jumlah yang telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Advertisement

“Salah satu cara bagi memastikan bekalan vaksin yang mencukupi adalah kerajaan Johor perlu mendapatkan atau membeli vaksin sendiri seperti yang dilakukan oleh Selangor dan Sarawak.

“Lagipun kerajaan Pusat telah membenarkan kerajaan-kerajaan negeri untuk membeli bekalan vaksin dengan syarat ia mestilah mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Setakat hari ini tiga jenis vaksin sudah mendapat kelulusan NPRA adalah Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

Advertisement

“Pharmaniaga adalah pemegang lesen bagi vaksin Sinovac di Malaysia. Saya mencadangkan supaya pihak NPRA mempertimbangkan jenis-jenis vaksin yang lain yang boleh dibenarkan untuk dibawa masuk ke Malaysia.

“Isu-isu diperingkat operasi juga perlu diperbaiki seperti di Johor, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah diluluskan adalah 76 unit tetapi yang sedang beroperasi hanyalah 31 unit sahaja. Kapasiti suntikan vaksin bagi setiap PPV juga perlu dimaksimumkan,” katanya lagi.

Beliau menambah, bagi mengurangkan kos pembukaan PPV yang baru, kerajaan boleh menggunakan dewan orang ramai, klinik kesihatan dan klinik swasta yang terdapat di seluruh sepuluh daerah di Johor.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top