BM | EN | 中文

Beberapa daerah di Johor dilanda banjir

banjir-simpang-renggam.jpg

Keadaan banjir di Simpang Renggam, hari ini (Gambar Ehsan FB Pusat Rawatan Islam Terapi Quran, Malaysia)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JUN: Beberapa daerah di Johor dilanda banjir antaranya Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Muar dan Kluang selepas hujan berlarutan selama beberapa jam semenjak awal hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri antara kawasan dilanda banjir kilat di daerah Johor Bahru ialah di Kampung Baru Muafakat manakala Pontian pula membabitkan Kampung Sepakat Jaya dan Kampung Parit Pasir.

Manakala di Batu Pahat kawasan yang terjejas akibat banjir kilat adalah Parit Sulong dan Kampung Simpang Lima dan Kampung Cokro di Kluang.

Advertisement

Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa yang dipindahkan ke PPS masih belum diperoleh.

Difahamkan beberapa keluarga kini tela mendaftar dan ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Raya Gelang Patah, hari ini.

Sementara itu beberapa laluan turut terjejas antaranya Jalan Muar-Yong Peng (Bakri Batu 9 dan 10) yang terputus akibat ditengelami air telah kembali pulih dan boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Advertisement

Selain itu air turut naik di laluan Johor Bahru – Pekan Nanas dan Batu Pahat – Ayer Hitam berdekatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku peningkatan paras air di kawasan masing-masing.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top