BM | EN | 中文

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara untuk kerja sanitasi

LHDN_lembaga_hasil_dalam_negeri.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu melibatkan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Mersing di Johor yang ditutup hari ini hingga Selasa dan sebagai alternatif, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di Cawangan Kluang atau mana-mana cawangan berdekatan.

Selain itu, Cawangan Bangi, Menara A di Selangor akan ditutup esok sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian dan pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di Pejabat Satelit Cyberjaya dan PKH Hulu Langat sebagai alternatif.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, PKH Kota Tinggi di Johor juga akan ditutup dalam tempoh yang sama dengan Cawangan Johor Bahru, PKH Pontian serta Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor Bahru sebagai alternatif kepada pelanggan.

Pada masa sama, Cawangan Temerloh di Pahang turut ditutup dalam tempoh yang sama dan sebagai alternatif, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di PKH Jerantut.

Sehubungan itu, pelanggan dinasihat melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian bagi tempoh berkenaan, demikian menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top