BM | EN | 中文

Beberapa ahli parlimen Johor bantah cadangan ‘darurat’

26_parlimen_johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OKT: Beberapa ahli parlimen dari Johor menyatakan bantahan terhadap cadangan mengadakan darurat seperti yang diputuskan oleh mesyuarat khas kabinet hari ini.

Antaranya ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang menyatakan bahawa cadangan itu muncul berikutan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin cuba mengelak dari membentangkan Belanjawan Negara pada 6 November 2020 dan berdepan ahli-ahli Dewan Rakyat pada 17 November depan sama ada akan melulus atau menolak Belanjawan tahun 2021 tersebut.

“Sekiranya Belanjawan itu ditolak oleh Dewan Rakyat, maka itu bererti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaannya hilang majoriti kepercayaan dari ahli-ahli parlimen.

Advertisement

“Natijahnya Muhyiddin secara konvensyen demokrasi berparlimen perlu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri,” kata Hassan.

Ahli parlimen Bakri, Yeo Bee Yin berkata penggunaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sudah mencukupi untuk mengawal wabak tersebut.

Bee Yin turut mempersoalkan apakah perdana menteri menggunakan darurat untuk terus kekal berkuasa.

Advertisement

Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dalam laman Twitter meskipun tidak menyatakan secara langsung, namun kenyataannya dipercayai menjurus terhadap keputusan kerajaan.

“Tidak berani berdepan rakyat. Tidak berani berdepan Parlimen. Tidak berani menjawab media.

“Maka lahirlah seorang diktator,” kata Akmal di laman Twitter.

Advertisement

Sementara itu ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menyatakan kebimbangannya tentang nasib anak-anak sekolah dan para guru.

“Bagaimanakah pula kelangsungan proses pendidikan anak-anak?

“Apapun kesannya nanti, pastikan keselamatan dan kebajikan warga pendidikan akan diberikan keutamaan,” kata Dr Maszlee.

Advertisement

Terdahulu, kabinet hari ini bersetuju dengan pelaksanaan “Darurat” bagi menangani penularan Covid-19.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Sementara media laiin melaporkan, perkataan ‘darurat’ itu akan diganti dengan kata yang lebih sesuai untuk tidak mencetuskan suasana panik di kalangan rakyat

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top