BM | EN | 中文

BBC LABELKAN JDT ANTARA TERBAIK DI RANTAU INI DENGAN FASILITI DAN PENGIKUT SETANDING KEBANYAKAN PASUKAN EPL

JDT-3.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OKT : Agensi berita global berpengkalan di Britain, BBC menyiarkan satu wawancara bersama pemain penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) Darren Lok, lapor laman rasmi sosial media Johor Southern Tigers (JST).

Dalam wawancara itu, Darren menceritakan kisah beliau berhijrah ke Malaysia dari England.

BBC juga turut menggambarkan kisah Harimau Selatan kepada pembacanya di seluruh dunia.

Advertisement

“JDT adalah kelab terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara.

“Mereka mempunyai fasiliti dan pengikut yang mampu menyaingi kebanyakan pasukan Liga Perdana Inggeris dan mempunyai 700,000 pengikut di platform media sosial Instagram.

“Pembangunan dan penampilan di dalam Liga Juara-Juara AFC untuk kali pertama tahun ini banyak dipengaruhi pemilik kelab, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan seorang kerabat diraja,” jelas BBC.

Advertisement

Juga disebut di dalam artikel itu adalah Darren turut memberi kredit kepada Tunku Mahkota Ismail sebagai penyebab pembangunan JDT hingga ke tahap seperti ini.

“Baginda adalah seorang yang bersemangat dan amat memberi sokongan, serta mempunyai visi yang hebat untuk memajukan kelab ini.

“Baginda juga sangat berpengaruh dalam dunia bola sepak dan merupakan sahabat karib kepada Peter Lim.

Advertisement

“Ramai pemain sudah melawat kelab ini sepanjang saya berada di sana – antaranya David Beckham, Robert Pires, Ronaldo, Alessandro Nesta dan Hernan Crespo,” kata Darren lagi kepada BBC.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top