BM | EN | 中文

BBC CADANG MAHU ADAKAN PROGRAM BERTEMU RAKYAT

Khairuddin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OKT : Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Dewan Negeri (DUN) Johor bercadang untuk mengadakan program bersama rakyat (outreach) di setiap daerah.

Ketuanya, Ir Khairuddin A Rahim berkata, tujuannya adalah untuk memberi penerangan kepada rakyat berkenaan fungsi kelab tersebut.

“Kita akan berusaha menerangkan kepada masyarakat berkenaan dengan kuasa legislatif serta apa yang mereka mampu dan tidak mampu buat.

Advertisement

“Selain itu, rakyat juga perlu didedahkan dengan memahami konsep pemisahan kuasa legislatif, eksekutif dan judisiari.

“Kita mahu rakyat mengaplikasikan fungsi Adun dengan lebih berkesan dalam peranan mereka serta demokrasi dalam kerajaan,” katanya kepada Johor Kini.

Beliau yang merupakan Adun Senggarang Johor berkata, pemahaman rakyat berkenaan dengan kuasa legislatif perlu diterjemahkan agar rakyat mampu menyalurkan maklumat yang berkisar tentang sempadan kuasa tersebut.

Advertisement

Tambahnya lagi, program tersebut akan menyasar golongan seperti parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan masyarakat, pemimpin masyarakat, pelajar dan mereka yang berminat.

“Program ini mampu untuk menyelaraskan peranan wakil rakyat dengan lebih berkesan dari kaca mata pengundi.

“Kita mahu membina seorang wakil rakyat yang telus dan mempertingkatkan ‘transparency’ kepada rakyat yang sekarang ini memerlukan,” katanya.

Advertisement

Ujarnya lagi, perkar tersebut telah dibentangkan serta dibincangnya semasa menghadiri bengkel ‘Commonwealth Parlimentary Association (CPA)’ di Munyonyo Kampala Uganda, baru-baru ini.

“Banyak negara komanwel telah melakukan program sebegini dan ini baik untuk dijalankan di negeri seperti Johor,” ujarnya lagi.

Persidangan CPA yang berlangsung pada 24-29 September lepas yang mana Johor telah menghantar seramai lima wakil ke persidangan tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top