BM | EN | 中文

Bazar Ramadhan: SOP kerajaan celaru punca rakyat keliru

Zainulzabha.jpg

Zainuzabha Baharom

Advertisement

PONTIAN, 16 APR: Kerajaan diminta agar tidak menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) yang bercelaru sepanjang bulan Ramadhan seperti terjadi sebelum ini.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zainuzabha Baharom berkata SOP yang bercelaru akan merumitkan pelbagai pihak.

Katanya, Ramadhan tahun ini buat pertama kalinya disambut dengan kebenaran semula pembukaan Bazar Ramadhan dan Hari Raya selepas dihentikan tahun lalu.

Advertisement

“Kita tidak mahu wujudnya penetapan SOP bertindih, kerana ini kali pertama kita menyambut Ramadhan dengan pembukaan semula Bazar Ramadhan.

“Kerajaan kena pastikan segala pertimbangan dan kajian telah dibuat sebelum keputusan membenarkan bazar Ramadhan dibuka.

“Kekhuatiran timbul susulan keputusan melulu seperti yang berlaku di Kelantan apabila bazar Ramadhan di negeri itu secara tiba-tiba dibatalkan,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Tambahnya, tindakan kerajaan mengubah SOP pada saat akhir memberikan kesan yang besar khususnya kepada golongan peniaga.

“Kerugian pasti ditanggung peniaga sekiranya wujud perubahan SOP pada saat akhir selain menyebabkan banyak pihak terkesan.

“Selain itu juga tidak kira siapa, penguatkuasaan SOP perlu diperketatkan di kawasan tumpuan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya lagi.

Advertisement

Beliau dalam pada itu mengajak orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum bagi membenarkan operasi bazar.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top