BM | EN | 中文

Bazar Ramadan, Aidilfitri di Johor dibenar beroperasi

bazar-ramadhan.jpg

Suasana Bazaar Ramadan di Taman Adda Height, Johor Bahru sebelum pandemik Covid-19 (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 MAC: Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri dibenarkan untuk beroperasi di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT)
Johor pada Ramadan kali ini, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub Jamil berkata Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri akan berbincang dengan PBT untuk menyelaras serta menetapkan syarat operasi termasuklah mengenai kedudukan tapak bazar yang akan dimaklumkan kepada peniaga selewat-lewatnya minggu ini.

Perkara utama bagi setiap pengoperasian Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri ialah tidak menjadikan lokasi perniagaan bazar tersebut sesak dan kawasan berhimpun selain perlu mempunyai ruang yang luas, lapang serta jalan keluar masuk adalah sehala.

Advertisement

“Jika semua pihak mematuhi SOP, operasi bazar ini dapat dijalankan sepanjang tempoh yang ditetapkan.

“Kebenaran beroperasi bagi kedua-dua bazar ini untuk memastikan semua peniaga kecil yang terkesan akibat pandenik COVID-19 dapat menjalankan perniagaan demi kelangsungan sumber rezeki mereka, sekali gus membantu memulihkan ekonomi negeri dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk rekod, seramai 12,000 peniaga berdaftar dengan PBT di seluruh Johor dengan jumlah tapak lokasi bazar Ramadan adalah sebanyak 220 tahun lepas, manakala anggaran hasil jualan pula antara RM200 juta hingga RM250 juta bagi tahun 2019.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, Ayub memberitahu sebanyak 13,807 unit rumah pada harga mampu milk dijangka siap pada tahun ini dalam usaha membantu lebih ramai rakyat di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata projek berkenaan termasuk Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ), Rumah Mesra Rakyat (RMR) Johor – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Rumah Ihsan Makmur Johor, Program Perumahan Rakyat (PPR) – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

“Diharap projek-projek.dan program perumahan yang dirancang ini dapat dibangunkan dengan jayanya seterusnya membantu lebih ramai rakyat dan penduduk di negeri Johor memiliki kediaman yang selesa dan kondusif,” tambahnya.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top