BM | EN | 中文

BAZAR PEDULI RAKYAT MAMPU BANTU BANYAK PIHAK

suhaizan-kaiat.jpg
Advertisement

PONTIAN, 30 OKT : Bazar Peduli Rakyat yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) adalah suatu program yang mampu membantu banyak golongan.

Menurut Speaker Dewan Negeri (Dun) Johor, Suhaizan Kaiat, program seperti itu berjaya memasarkan hasil tani peniaga kepada orang ramai.

Katanya, ini adalah suatu inisiatif yang baik untuk diperluaskan bagi membantu golongan pekebun mahupun peladang memasarkan barangan mereka sendiri.

Advertisement

“Kita akui terjadinya permasalahan untuk pekebun atau peladang untuk memasarkan produknya sendiri dan usaha mewujudkan bazar ini adalah suatu langkah yang baik.

“Saya berharap agar program ini dapat diperluaskan bukan sahaja untuk membantu golongan pekebun dan peladang malah pembeli kerana harganya jauh lebih murah dari harga pasaran.

“Kita dapat lihat harganya 30 peratus lebih murah berbanding harga di kedai runcit yang lain. Ini kerana jualan ini berlangsung secara terus dari pengusaha kepada pembeli tanpa wujudnya orang tengah,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika Program Bazar Peduli Rakyat di Kampung Parit Haji Adnan, di sini.

Pada majlis berkenaan Suhaizan turut menyampaikan sumbangan kepada 30 orang asnaf di kawasan tersebut.

Suhaizan berkata, program berkenaan perlu diteruskan lagi bagi mengurangkan beban orang ramai sebagai usaha mendapatkan barang yang berkualiti dengan harga yang mampu beli.

Advertisement

“Saya berharap agar bazar ini akan terus diperluaskan ke seluruh pelusuk negeri ini agar ia mampu membantu banyak golongan,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top