BM | EN | 中文

BAZAR PEDULI RAKYAT KINI KE JOHOR

salahuddin-ayub-bazar-peduli-rakyat.jpg

PONTIAN, 19 OKT: Program Bazar Peduli Rakyat (BPR) yang menawarkan harga 5 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran kini dianjurkan di Johor.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, BPR bertujuan menawarkan harga rendah dalam meringankan beban komuniti setempat.

“BPR menawarkan harga 5 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. Justeru, program ini meringankan beban pengguna kerana jualan terus dari ladang tanpa orang tengah.

“Lokasi penganjuran BPR juga menyumbang kepada pengurangan harga barangan. Dengan konsep ‘Low Cost, High Impact’, program ini dapat membantu pengguna mendapatkan barangan dengan harga terbaik”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program BPR di Masjid Datuk Noh Gadot, di pekan Serkat pagi tadi.

Program tersebut merupakan kerjasama tiga agensi di bawah Kementerian Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (IKIM).

Dalam pada itu BPR turut menyediakan kaunter khas My Food For Ummah (MFFU) bagi menerima sumbangan orang ramai dalam bentuk sumber segar dan bahan mentah untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Difahamkan, penduduk yang memerlukan dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal menerima manfaat daripada program dianjurkan ini.

“BPR juga menyediakan kaunter My Food for Ummah (MFFU) bagi menerima dan menyumbang sumber barangan segar pada pengguna.

“MFFU bawah seliaan Yayasan Prihatin Insan (YPI) bertujuan membantu golongan miskin yang tidak berkemampuan,” kata Salahuddin l;agi

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top