BM | EN | 中文

BAZAR JB BAKAL DISERIKAN MERCU TANDA BARU

bazar-karat-johor-bahru.jpg
Advertisement

Oleh: Nabila Ahmad

JOHOR BAHRU, 4 SEPT: Bazar Johor Bahru atau lebih dikenali sebagai Pasar Karat JB bakal diserikan mercu tanda baru, antaranya dengan pembinaan pintu gerbang.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Amran A Rahman, berkata ia sebagai salah satu langkah penjenamaan semula kawasan itu sebagai sebuah produk perlancongan ikonik di pusat bandaraya ini.

Advertisement

Katanya, langkah yang akan diambil itu bakal menarik lebih ramai pengunjung domestik dan luar negara ke bandaraya ini.

“MBJB juga akan memasang kamera litar tertutup (CCTV), mewujudkan kaunter informasi, membina tanda arah serta penguatkuasaan lesen bergambar dan jenis jualan perniagaan di setiap petak perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat penuh yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi MBJB, semalam.

Advertisement

Kata Amran, MBJB juga akan menaiktaraf sistem pencahayaan di sekitar bazar JB, menggunakan khemah seragam dan menyusun semula kedudukan petak perniagaan berdasarkan jenis produk-produk perniagaan.

Tambahnya, Bazar JB yang ditubuhkan bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana bandaraya semenjak 10 Jan 2009, terus berupaya untuk menjana ekonomi dan pendapatan warga Johor Bahru selain memberi peluang kepada peniaga meningkatkan taraf sosio ekonomi.

“Sebelum ini, MBJB telah mengadakan sesi townhall dengan peniaga-peniaga Bazar JB dengan bertujuan untuk mewar-warkan hala tuju pembangunan serta penjenamaan semula kawasan itu.

Advertisement

“Pihak majlis juga telah membincangkan isu-isu peniaga, berkaitan sampah sarap, tunggakan bayaran lesen, tapak letak kenderaan selepas waktu perniagaan serta isu peletakan barang perniagaan atau khemah sebelum waktu operasi,” katanya.

Beliau menjangka melalui langkah penjenaaman, penyelesaian secara menyeluruh dapat dilakukan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk perniaga di Bazar JB.

Sehingga 31 Julai lalu, seramai 329 peniaga berdaftar dengan Jabatan Pelesenan MBJB bagi menjalankan perniagaan di Bazar JB.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top