BM | EN | 中文

Bayi meninggal dunia, polis tahan bapa positif dadah di Gelang Patah

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JUL: Polis menahan seorang lelaki yang didapati positif dadah jenis methamphetamine, selepas mendapati bayinya yang baru berusia tiga bulan meninggal dunia semasa berada di bawah jagaannya, di sebuah rumah di Gelang Patah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar dalam satu kenyataan hari ini berkata lelaki berumur 31 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi membantu siasatan.

Beliau berkata bayi itu didapati tidak sedarkan diri pada pukul 5.15 petang, sebelum dibawa oleh ibu serta neneknya ke klinik kesihatan berdekatan, dan selepas diperiksa doktor mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia.

Advertisement

Menurutnya terdahulu ibu serta nenek bayi berkenaan dikatakan berniaga di kedai makan di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, manakala lelaki itu berada di rumah menjaga tiga anaknya yang berumur enam tahun, empat tahun, dan bayi berkenaan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri semasa dalam jagaan pengasuh di Gelang Patah di sini semalam.

Dzulkhairi berkata pada mulanya pengasuh itu yang menyedari bayi berkenaan dalam keadaan lemah serta sesak nafas telah membawanya ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan, namun bayi itu disahkan meninggal dunia pada pukul 4.50 petang.

Advertisement

Katanya kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001/SDR dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top