BM | EN | 中文

Bayi lelaki masih bertali pusat ditemui depan sebuah rumah di Skudai

Bayi-lelaki-masih-bertali-pusat-ditemukan-di-depan-sebuah-rumah-di-Skudai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 FEB: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di depan sebuah rumah di Taman Johor, Skudai Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 7.30 pagi.

Beliau berkata bayi itu diletakkan di luar pagar dengan beralaskan kain dan kertas.

Advertisement

“Ketika dijumpai, bayi yang memakai baju hijau putih bercorak kartun itu dalam keadaan sihat dengan tali pusat masih mempunyai klip putih.

“Bayi itu kini berada di Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut,” menurutnya, lapor Bernama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisement

Rupiah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5562 222.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top