BM | EN | 中文

Bayi lelaki 16 hari ditinggalkan dekat Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru

bayi-mahmoodiah.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 SEPT: Seorang bayi lelaki berusia 16 hari ditemukan di belakang tong sampah sebuah hentian bas di Jalan Mahmoodiah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata bayi itu ditemukan oleh orang awam kira-kira 6.15 petang dalam keadaan tubuh dibalut dengan kain dan terdapat botol susu di sebelahnya.

“Tiada sebarang dokumen diri ditemui bersama bayi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata pihaknya masih mengesan individu yang bertanggungjawab meninggalkan bayi terbabit.

Bayi itu pula sudah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top