BM | EN | 中文

Bayi lapan bulan derita jantung berlubang dan tiga penyakit lain

jantung-berlubang.jpg

Alesha Iezarah kini menderita penyakit jantung berlubang juga tiga lagi penyakit lain dalam usianya yang kini baru mencecah lapan bulan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 DIS : Seorang bayi di Pontian di sini bukan sahaja menderita penyakit jantung berlubang bahkan turut menghidap tiga lagi penyakit lain dalam usianya yang kini baru mencecah lapan bulan.

Ibunya Roziana Mohd Amin, 33 berkata, anaknya, Alesha Iezarah juga mengalami masalah saluran darah, salur pernafasan sempit dan kedua-dua belah kaki membengkok.

Katanya, dia dan suami, Mohd Salleh Mustari, 43 hanya bergantung pendapatan dengan mencari daun nipah turut mempunyai tiga orang anak yang menghidap penyakit sawan iaitu Aliyah Maisara, 15, Aliyah Syahirah, 13 dan Mohd Khairul Amin, 5.

Advertisement

Menurutnya, dengan hasil jualan itulah yang digunakan untuk kos rawatan Alesha Iezarah dan kos perjalanan berulang alik  ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Selepas dilahirkan kedua-dua belah kaki Alesha Iezarah bengkok seakan sedang bersila, namun keadaan kakinya bertambah baik selepas melalui terapi dan disimen pada usia empat bulan.

“Saya dan suami akan bawa Alesha Iezarah ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 3 Januari depan. Itu kali pertama kami ke IJN bagi rawatan susulan Alesha Iezarah. Difahamkan kos pembedahan jantungnya dianggarkan mencecah RM11,000,”katanya.

Advertisement

Tambahnya, dia dan suami mempunyai kekangan kewangan untuk ke sana berikutan tiga anaknya yang lain memerlukan belanja untuk kemasukkan sesi persekolahan pada tahun depan.

Jelasnya, pendapatan suaminya hanya sebanyak RM10 sehari disamping bantuan bulanan JKM diterima sebanyak RM300 sejak Oktober lalu bagaimanapun tidak mencukupi kerana perlu membayar sewa rumah sebanyak RM150 sebulan.

“Semua duit telah digunakan untuk membeli barang sekolah dan bayar yuran anak. Saya susah hendak meninggalkan anak- anak untuk bekerja membantu suami memandangkan keadaan tiga orang anak menghidap sawan dan memerlukan perhatian,”katanya.

Advertisement

Roziana berkata, dia dan suami amat berharap agar Alesha Iezarah dapat menjalani pembedahan jantung berlubang itu sekali gus melihat Alesha Iezarah sihat dan membesar seperti kanak- kanak lain.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd Salleh 011-12126892

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top