BM | EN | 中文

BAYI LAPAN BULAN ANTARA MANGSA KORBAN DENGGI DI JOHOR

4381163_1422_4380941_1215_leucemia_trapianto_sorella.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 SEPT: Sebanyak 19 kematian direkodkan akibat demam denggi sehingga Ogos tahun ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Dalam tempoh sama, negeri Johor mencatatkan sebanyak 7,761 kes demam denggi, peningkatan lebih 100 peratus berbanding 2018.

Lebih menyedihkan, antara 19 mangsa yang terkorban akibat dari demam denggi ialah bayi perempuan berusia lapan bulan, serta seorang warga emas berusia 95 tahun.

Advertisement

“Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 101 peratus bagi kes denggi dan peningkatan 58 peratus bagi kes kematian berbanding tempoh sama, tahun lalu.

“Sebanyak 65 kawasan hotspot (penularan wabak denggi) juga telah dikesan yang mana kebanyakkannya di Johor Bahru,” katanya lagi.

Mohd Khuzzan berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Sambutan Hari Denggi Asean 2019, peringkat negeri Johor, bertempat di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda Height, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau yang Adun Semerah turut berkata, pemeriksaan pihak berkuasa negeri di 13,700 premis kediaman mendapati 3.9 peratus premis tersebut terdapat kawasan pembiakan nyamuk Aedes di persektiarannya.

Statistik ini dikumpulkan oleh Pasukan Kawalan Denggi negeri, menurut Mohd Khuzzan.

“Manakala, sebanyak 1,371 atau 61 peratus dari tanah lot kosong, back lane (lorong belakang banggunan) dan bahu jalan yang diperiksa juga menunjukkan tanda positif berkalukanya pembiakan Aedes.

Advertisement

“Begitu juga di tempat pembuangan sampah, sebanyak 378 atau 90.2 peratus positif terdapat jentik-jentik Nyamuk Aedes. Perkara sama turut dijumpai di 55 buah rumah ibadat dan 28 taman rekreasi.

“Selain itu, 116 sekolah dan 181 sekolah serta 380 tempat tumpuan awam turut didapati positif pembiakan Aedes,” katanya lagi.

Mohd Khuzzan menegaskan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memastikan persekitaran komuniti mereka bersih dalam membanteras pembiakan nyamuk Aedes.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top