BM | EN | 中文

Bayi empat bulan terkunci 15 minit dalam kereta

bomba-4-01-scaled.jpg

Anggota bomba berusaha menyelamatkan bayi lelaki berusia empat bulan yang terkunci di dalam kereta

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Seorang bayi lelaki terperangkap dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Skudai-Pontian, di sini berhampiran stesen minyak Petronas pagi tadi.

Mangsa, Nur Iman Mohd Syawan terkunci dalam kereta itu kira-kira 15 minit, bagaimanapun berjaya diselamatkan pihak bomba.

Komander operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Inggai Anak Bakau berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian terus ke balai pada 9.11 pagi bagi kes menyelamat mangsa.

Advertisement

Katanya, satu jentera dan satu EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dengan kekuatan anggota seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa bayi lelaki berumur empat bulan terkunci di dalam sebuah kereta jenis Perodua.

“Ketika kejadian, ibu mangsa telah keluar untuk membeli barangan di dalam kedai runcit di stesen minyak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Inggai berkata, mangsa ditinggalkan sebentar dalam keadaan enjin tidak dimatikan.

“Tiba-tiba pintu kenderaan tersebut berkunci secara automatik. Mangsa terperangkap lebih kurang 15 minit di dalam kenderaan itu dan tidak menangis.

“Pihak bomba mengambil masa lima minit bagi membuka pintu kenderaan tersebut menggunakan peralatan khas. Operasi ditamatkan pada jam lebih kurang 9.19,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top