BM | EN | 中文

Bayi derita penyakit hati kronik mohon bantuan

IMG-20200213-WA0000.jpg

Zuridah bersama Maryam

BATU PAHAT, 14 FEB : “Saya sanggup berkorban apa sahaja yang terbaik buat Maryam biarpun menyedari kos pembedahan hati melibatkan nilai mencecah ratusan ribu ringgit,” ujar Zuridah Sadon, 40.

Anak perempuan Zuridah, Nur Maryam Sulaiman yang mesra disapa Maryam baharu berusia 10 bulan telah disahkan menghidap penyakit hati kronik atau billary atresia (BA).

Katanya, anak keenamnya itu perlu menjalani pembedahan hati dengana anggaran kos mencecah RM160,000 jika dilakukan di dalam negara dan RM250,000 jika di China.

“Sebelum ini, susulan kerap demam ditambah dengan ‘kuningnya’ yang tidak bertambah baik, Maryam telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Maryam seterusnya menjalani prosuder khas di HKL, namun gagal menyembuhkan hati anak yang kini dapat dilihat semakin membesar seakan membengkak di bahagian perut,” katanya yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sebagai operater pengeluaran kilang bagi memberi tumpuan sepenuhnya menjaga Maryam.

Tambah beliau lagi, dia dan suami tidak pernah berputus asa mencari penawar bagi menyembuhkan Maryam biarpun suaminya hanya bekerja sebagai pemandu lori di sebuah kilang elektronik di Pekan Rengit Batu Pahat.

“Saya selalu tonton televisyen, tengok ada bayi yang pulih selepas menjalani pembedahan hati. Itu memang impian saya dan suami. Maryam segalanya buat kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Rengit Jaya di sini, semalam.

Beliau berharap agar keluarganya dibantu memandangkan hanya suaminya yang bekerja bagi menampung kos perubatan Maryam dan empat lagi orang anak yang masih bersekolah.

“Anak sulung berumur 18 tahun bekerja di pasaraya sementara menunggu keputusan SPM. Yang lain berusia 17, 9,8 dan 4 tahun masih bersekolah,” katanya lagi.

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1511 5574 2704.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top