BM | EN | 中文

“Bayangkan parlimen setaraf majlis taklimat banjir” – KB Umno Batu Pahat

puad-zarkashi-umno-batu-pahat.png
Advertisement

BATU PAHAT, 17 JUL: Sidang parlimen mulai 26 Julai ini yang hanya melibatkan siri penerangan menteri dilihat ‘tercorot’ dalam konteks demokrasi.

Ketua Bahagian Umno Batu Pahat, Puad Zarkashi berkata, rancangan Pelan Pemulihan Negara, (PPN), program vaksinasi, pelaksanaan darurat dan pakej bantuan ekonomi perlu meilbatkan perbahasan ahli parlimen.

“Bayangkan Parlimen setaraf majlis taklimat banjir. Tidak ada usul, tidak ada perbahasan Ordinan Darurat dan pastinya tidak akan ada pengundian.

Advertisement

“Parlimen yang akan bersidang bermula 26 Julai ini hanya merupakan sesi taklimat.

“Maka bertambahlah senarai Malaysia paling corot. Kali ini corot sebagai Parlimen yang demokratik dan berintegriti.

“Semoga ahli parlimen pembangkang dan kerajaan yang masih ada hati nurani, bersatulah. Pulihkan martabat Parlimen Malaysia.

Advertisement

“Selamatkan Parlimen Malaysia. Hormati titah YDP Agong,” kata Puad dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, semalam.

Ahli majlis tertinggi Umno itu menjelaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga adalah kerajaan minoriti apabila kelulusan belanjawan 2021 tempoh hari diluluskan pada bacaan ketiga dengan undian belah bahagi 111 setuju, 108 menolak dan seorang tidak hadir.

“Maknanya kerajaan PN adalah kerajaan minoriti. Lagilah sekarang. majlis kerja tertingi (MKT) UMNO telah pun menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Advertisement

“Apa jadi kalau 10 orang MP (ahli parlimen) UMNO daripada 111 yang sokong Bajet 2021 itu tidak lagi sokong PM, atau tolak usul jika berlaku undian di Parlimen? soalnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top