BM | EN | 中文

Bawa suara anak muda, pimpinan baru Pemuda AMANAH pikul tanggungjawab besar

Ridhuan-Esa-Pemuda-Amanah.jpg
Advertisement

TENGGARA, 24 OKT: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Tenggara, Ridhuan Esa hari ini merakamkan penghargaan terhadap Ketua Pemuda Parti Amanah baharu Mohd Hasbie Muda.

Jelasnya pemilihan semula Ketua Pemuda Parti Amanah peringkat nasional dan menamakan barisan baharu yang akan menerajui sayap parti itu setelah pemergian mantan Ketua Pemuda AMANAH, Allahyarham Shazni Munir berlangsung dengan baik.

“Mengimbau kembali halatuju kepemudaan sebagaimana mengangkat ucapan Salahuddin Ayub dalam Konvensyen Pemuda Nasional 2020 yang lepas, Pemuda Amanah Nasional memikul tanggungjawab besar melahirkan kepimpinan muda sebagaimana kehendak semasa yang mahukan peremajaan kepimpinan negara.

Advertisement

“Setiap parti politik dan organisasi berdaftar dalam negara mempunyai tanggungjawab dan objektif yang sama dalam melahirkan pemimpin muda untuk memacu dan memandu pengurusan masyarakat.

“Kesedaran pentingnya untuk anak muda berorganisasi dengan menyertai parti politik atau badan-badan pertubuhan perlu dipupuk supaya negara tidak ketandusan pemimpin yang akhirnya bergantung kepada pemimpin senior yang menjangkau umur,” jelasnya.

Jelas Ridhuan lagi, watak kepimpinan yang dipamerkan oleh Hasbie Muda mampu membawa nama baik sayap parti itu ke peringkat seterusnya.

Advertisement

“Pemimpin dan ketua yang berkarisma adalah seorang yang menjadi pemimpin dan ketua kepada semua peringkat organisasi dan masyarakat.

“Ketokohan kepimpinan adalah dimana semua lapisan manusia akan datang kepadanya tanpa rasa jauh dan renggang kerana perbezaan dari segi pendapat, kedudukan, pemikiran, wadah perjuangan dan siasah.

“Pemimpin dan ketua yang baik adalah seorang yang bijak menilai individu dalam organisasi untuk menempatkan seseorang dalam bahagian mengikut kompetensi dan kemampuan serta membuat kerja atau keputusan secara kolektif berpasukan.

Advertisement

“Pemimpin dan ketua yang hebat adalah seorang yang bersedia untuk dikritik, berbeza pandangan, berjiwa besar untuk disaingi oleh orang lain yang berkebolehan dan menerima kekurangan diri sebagai manusia biasa,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top