BM | EN | 中文

Bawa rokok seludup guna tandas bergerak, Kastam Johor serbu premis di Kulai

SOROK-ROKOK-SELUDUP-DALAM-LORI-TANDAS-BERGERAK.png
Advertisement

KULAI, 4 MAC: Jabatan Kastam Diraja Johor (Kastam) berjaya membongkar kegiatan penyeludupan rokok seludup dalam lori yang dijadikan tandas bergerak membabitkan rampasan bernilai RM187,048.40 di sebuah premis di Kelapa Sawit, Kulai Ahad lalu.

Kegiatan penyeludupan rokok seludup dalam lori yang dijadikan tandas bergerak berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Johor (Kastam) dan membabitkan rampasan bernilai RM187,048.40.

Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad berkata, nilai rampasan rokok terbabit berjumlah RM39,748, manakala jumlah duti serta cukai terlibat sebanyak RM147,300.40.

Advertisement

Katanya dalam serbuan pukul 11.50 malam di premis yang berkunci dan tidak berpenghuni itu menemukan sebanyak 184,200 batang rokok putih dan 326,960 batang rokok kretek.

“Hasil pemeriksaan rapi ke atas premis menemukan sejumlah rokok putih dan rokok kretek yang dipercayai belum lulus kastam disembunyikan di dalam lori lima tan berwarna putih yang diubahsuai menjadi tandas bergerak.

“Rokok itu disembunyikan di dalam lori yang berfungsi sebagai tandas bergerak dan diedarkan dengan menggunakan kenderaan sama. Ia bertujuan mengelak daripada dikesan oleh agensi penguatkuasaan dan mengaburi pandangan pihak berkuasa.

Advertisement

“Usaha mengesan pemilik premis dan lori sedang giat dijalankan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Premis tersebut dipercayai digunakan sebagai tempat penyimpanan rokok yang diseludup dari negara jiran sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang-barang larangan.

Advertisement

Jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000.00 mengikut mana-mana yang lebih besar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top