BM | EN | 中文

Baucar pelancongan bantu pemain industri di Johor

percutian-johor.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 MAC: Pemberian baucar pelancongan pada Mei ini akan menawarkan diskaun kepada pengunjung untuk melawat tempat tarikan pelancong termasuk taman tema di negeri Johor, kata Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Datuk Onn Hafiz Ghazi

Beliau berkata pemberian baucar berkenaan yang juga satu daripada inisiatif kerajaan negeri dalam merancakkan kembali industri pelancongan di negeri ini, diharap dapat membantu melonjakkan kembali industri berkenaan yang terjejas teruk berikutan pandemik COVID:19.

Menurut beliau buat permulaan, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi baucar pelancongan berkenaan yang merangkumi hotel, taman tema, destinasi tarikan pelancong serta inap desa berdaftar seperti diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad sebelum ini.

Advertisement

“Kalau (baucar pelancongan) itu berjaya.bukan sahaja kita akan minta peruntukan lebih tetapi kita juga akan minta peruntukan untuk membantu (menawarkan) baucar (seumpama ini untuk membantu usahawan-usahawan yang kreatif dalam mengeluarkan produk pelancongan katanya, lapor Bernama.

Onn Hafiz berkata baucar berkenaan boleh diguna pakai hingga akhir tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata tiga insentif melibatkan industri pelancongan dijangka selesai diberikan bulan ini berbentuk pemberian bantuan wang tunai secara sekali beri kepada pemandu pelancong, syarikat-syarikat pelancongan dan persatuan pelancongan di Johor.

Advertisement

“Kita jangkakan 600 kepada 1,000 pemandu pelancong akan menerima RM1,000. Bagi syarikat syarikat pelancongan pula akan menerima RM2,000

“Bagi bantuan kepada persatuan pelancongan yang berdaftar di bawah Tourism Johor pula, sebanyak 16 persatuan akan menerima RM20,000 setiap satu.

“Saya tahu (bantuan) ini masih tidak mencukupi, tetapi niat kita adalah untuk membantu yang kita mampu. Insya Allah, kalau ada rezeki kita akan tambah lagi, katanya.

Advertisement

Setakat Disember 2020, sebanyak 13 hotel di Johor dilaporkan ditutup dengan kadar purata penginapan turun mendadak kepada hanya 27.66 peratus pada Ogos lepas, berikutan penutupan sempadan Malaysia Singapura, susulan pandemik COVID 19.

Semalam, Taman Tema Angry Birds laitu yang pertama seupamanya di Asia Tenggara, bakal menamatkan operasinya pada 5 April ini selepas enam tahun dibuka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top