BM | EN | 中文

Baucar bernilai RM1,000 untuk pembeli rumah terpilih

baucer-1000-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JAN: Pembeli rumah di negeri ini, kini boleh memohon baucar bernilai RM1,000.

Walau bagaimanapun, pemohon yang boleh memohon baucer adalah pembeli Perumahan Komuniti Johor (PKJ) A, PKJB, Rumah Mampu Milik Johor, Rumah Mampu Biaya (RMB), RMB B, RMB C dan RMB D.

Pemohon lain yang layak termasuk projek perumahan baru, di mana rumah itu telah dibeli dari pemaju, selepas ia dibina dan boleh diduduki mulai 1 Januari 2015.

Advertisement

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, pemberian ini hanya layak diberi sekali sahaja kepada pembeli dan pasangannya.

“Borang permohonan boleh didapati di pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Perumahan atau boleh dimuat turun dari portal erumah di https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm,” katanya.

Dzulkefly yang juga Adun Kota Iskandar berkata, dokumen yang diperlukan untuk menyelesaikan permohonan itu termasuk salinan fotokopi pembeli dan kad pengenalan pasangannya serta salinan perjanjian jual beli antara pembeli dan pemaju.

Advertisement

“Dokumen lain yang diperlukan termasuk salinan Sijil Layak Menduduki Rumah yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan, salinan surat maklumat dari pemaju yang menyatakan bahawa rumah itu telah dibina dan boleh mengambil kunci serta salinan penyata bank.

“Semua salinan dokumen yang diperlukan mestilah diakui sah oleh pegawai kerajaan kumpulan A atau penghulu atau ketua kampung,” katanya.

Beliau berkata permohonan yang lengkap boleh dikemukakan ke pejabat SUKJ Perumahan di tingkat 1 dan 2, Bangunan Dato ‘Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar di Iskandar Puteri, di sini.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top