BM | EN | 中文

BAU NAJIS DIPERCAYAI PUNCA SIMPTOM MUNTAH MURID DI PASIR GUDANG

29112012943.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 OGOS: Insiden melibatkan 33 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih yang mengalami simptom muntah dan pening kepala dalam kejadian awal hari ini dipercayai berpunca dari bau najis dari loji kumbahan berdekatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, kualiti udara di sekolah tersebut berada pada tahap normal, tanpa sebarang kandungan ajen cemar yang boleh menjejaskan kesihatan warga sekolah.

“Insiden pencemaran yang berbau najis kali ini adalah disyaki berpunca daripada Loji Rawatan Kumbahan yang berdekatan.

Advertisement

“Bacaan parameter udara yang direkodkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menunjuk kualiti udara di kawasan sekolah adalah pada tahap yang normal, dan bacaan “Volatile Organic Compounds” (VOC) adalah sifar,” Chen Choon berkata dalam satu kenyataan.

Chen Choon yang juga Adun Jementah berkata 33 orang murid terlibat dalam insiden pagi tadi dengan 17 daripadanya direkodkan sebagai kes berulang.

“Mangsa-mangsa yang terlibat mengalami simptom muntah-muntah, sesak nafas dan pening kepala.

Advertisement

“Walau bagaimanapun, tiada mangsa yang dirujuk ke hospital setakat ini dan mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas menerima rawatan daripada klinik kesihatan,” katanya lagi.

Beliau turut mengarahkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) untuk menyelenggara loji kumbahan tersebut secepat mungkin.

“Selain itu, langkah-langkah pemantauan kualiti udara akan dijalankan secara bersepadu oleh agensi-agensi kerajaan dari semasa ke semasa.

Advertisement

Terdahulu, Johorkini melaporkan murid-murid yang terjejas dalam insiden tersebut berada pada aras tiga dan empat sekolah itu dan kesemuanya dibawa ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top