BM | EN | 中文

Batalion 5 PGA rampas arak tiruan bernilai RM1 juta di Kluang

arak-tiruan-PGA-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 SEPT: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan memproses arak tiruan dengan nilai rampasan RM1 juta melalui serbuan di sebuah kilang di Taman Wawasan Kluang di sini semalam.

Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Dimin Awang berkata dalam serbuan pada 1.50 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai pekerja di premis tersebut turut ditahan.

Beliau berkata sejumlah 321 kotak mengandungi arak yang telah siap dibungkus untuk edaran ditemui di kilang itu.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati kilang memproses arak tiruan ini telah beroperasi sejak lebih empat bulan lalu sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kami percaya yang arak tiruan ini diedarkan di sekitar kawasan Johor dan juga Melaka dengan menyasarkan jualan khusus kepada warga asing,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Akta Kastam.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top