BM | EN | 中文

BASF ganda kapasiti pengeluaran di Johor

basf-pasir-gudang.png

Gambar Ehsan tkblasting.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Pengeluar bahan kimia terbesar dunia, BASF memulakan barisan pengeluaran serakan akrilik baharu, sekali gus menggandakan kapasitinya di Pasir Gudang, Johor.

Syarikat dari Jerman itu dalam satu kenyataan berkata, kemudahan serba canggih berkenaan akan mengeluarkan serakan akrilik untuk industri lapisan, pembinaan, pelekat dan pembungkusan di Asia Pasifik.

Katanya, barisan pengeluaran baharu itu melengkapi barisan sedia ada dan membolehkan pengeluaran teknologi serakan baharu di bawah produk Acronal EDGE, Acronal PLUS, Joncryl dan generasi seterusnya Acronal ECO.

Advertisement

Pengarah Serakan dan Resin ASEAN & ANZ BASF, Peter van der Zwan, berkata pihaknya komited untuk memastikan sistem yang dibangunkan syarikat itu adalah mesra alam.

Katanya, barisan baharu itu dilengkapi dengan teknologi pemulihan pelucutan kondensasi yang mengurangkan penggunaan air dan penghasilan air sisa.

“Tapak pengeluaran di Pasir Gudang terletak di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Johor, sekali gus menjadikannya lokasi yang strategik untuk eksport ke rantau berkenaan.

Advertisement

“Dengan jarak yang dekat dengan tiga pelabuhan kelas dunia, pengembangan ini akan menjadi titik bekalan utama untuk pelanggan kami di Malaysia, Singapura dan negara ASEAN lain serta di Australia and New Zealand (ANZ).

“Kuantiti komersial pertama akan dihasilkan untuk pelanggan kami pada bulan ini,” katanya dalam kenyataan semalam

Terdahulu, BH Online melaporkan Naib Presiden Kanan, Serakan dan Resin Asia Pasifik BASF, Jeff Knight sebagai berkata, sebagai sebuah perniagaan yang sedang berkembang, BASF akan terus melabur untuk meningkatkan rangkaian asetn serakan polimer di rantau ini, yang amat disokong dengan keupayaan pembangunan dan penyelidikan (R&D) mereka sendiri di Asia Pasifik.

Advertisement

“Barisan pengeluaran baharu ini membolehkan kami menggapai peluang pertumbuhan di pasaran baharu muncul yang sedang berkembang pesat, selain meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan kami di ASEAN dan ANZ,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top