BM | EN | 中文

Bas Smart Selangor mini khusus buat penduduk di kawasan kampung

Bas-Smart-Selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 15 DIS: Bas Smart Selangor mini bakal disediakan di kawasan kampung atau laluan sempit untuk manfaat penduduk setempat.

Exco Pengangkutan Awam berkata bas berkapasiti kecil dikhususkan untuk laluan kurang penumpang tetapi memerlukan khidmat tersebut.

“Bas Smart Selangor tetap ada tetapi bilangannya dikurangkan dan digantikan dengan bas mini,” kata Ng Sze Han, lapor SelangorKini.

Advertisement

Beliau berkata tambahan laluan atau pengubahan jalan sedia ada bagi perkhidmatan bas percuma itu bakal ditentukan mengikut kesesuaian.

Bas Smart Selangor memanfaatkan 38.6 juta pengguna setakat September tahun lalu.

Manakala sebanyak RM78.6 juta dibelanjakan bagi kos operasi dan penyelenggaran lebih 130 buah bas.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top