BM | EN | 中文

Bas Smart Selangor khas bawa pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin MAEPS

bas-mini-Smart-Selangor.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

SHAH ALAM, 22 JAN: Kerajaan negeri Selangor menyediakan 10 buah Bas Smart Selangor untuk membawa pesakit Covid-19 berisiko rendah ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

Exco Pengangkutan Ng Sze Han berkata bas terpilih ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di situ memang khusus untuk tujuan tersebut dan kerap disanitasi.

“Kita turut mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan dan Unit Pengurusan Bencana Negeri supaya pemandu bertugas menghantar pesakit terjamin keselamatan mereka.

Advertisement

“Masyarakat juga tidak perlu bimbang kerana kenderaan itu tidak digunakan untuk perkhidmatan lain,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau dalam kenyataan semalam berkata, kerajaan Selangor sentiasa berusaha pelbagai cara demi memerangi pandemik dan berharap orang ramai bersama berganding bahu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Terdahulu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Kita Selangor berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Advertisement

Pelan itu antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top