BM | EN | 中文

Bas percuma sempena Tahun Melawat Johor dan SUKMA Johor 2020

free-ride-bus-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JAN: Sempena Tahun Melawat Johor dan Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020, kerajaan negeri meneruskan perkhidmatan bas percuma Muafakat Johor yang akan melalui beberapa destinasi menarik di daerah-daerah di negeri ini.

Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, orang ramai hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan antaranya sebagai warganegara Malaysia, selain perlu menunjukkan MyKad atau MyKid bagi menikmati perkhidmatan bas percuma ini.

Dalam pada itu, PAJ turut mengalu-alukan cadangan orang ramai selain aduan bagi penambahbaikan perkhidmatan dengan menghantar butiran lengkap seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon, tarikh aduan, tempat kejadian, waktu kejadian dan nombor laluan bas.

Advertisement

Pautan bagi cadangan dan aduan bagi penambahbaikan perkhidmatan boleh dibuat melalui jaringan ini https://johor.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Manakala, jadual dan laluan bas Muafakat Johor boleh diperolehi melalui pautan berikut https://www.facebook.com/officialpaj/?ref=br_rs.

Dalam perkembangan berkaitan PAJ memberitahu, pelajar antarabangsa yang melanjutkankan pelajaran di negeri ini boleh menaiki bas Muafakat Johor.

Advertisement

“Pelajar antarabangsa yang melanjutkankan pelajaran di negeri Johor sahaja boleh menaiki Bas Muafakat Johor dengan pembayaran pendaftaran Kad Muafakat Johor Antarabangsa sebanyak RM30 di Pejabat PAJ.

“Untuk makluman Kad Muafakat Johor Antarabangsa dikeluarkan oleh PAJ,” kenyataan tersebut dipetik.

Kerajaan Johor melalui Belanjawan Johor 2020 pada November lalu turut mengumumkan laluan baru perkhidmatan bas Muafakat Johor di negeri ini yang bermula 1 Januari 2020.

Advertisement

Antara laluan berikut ialah Mersing-Endau, Kota Tinggi-Tanjung Sedili, Kluang-Renggam, Maharani-Simpang Jeram dan Yong Peng-Kangkar Baru.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top