BM | EN | 中文

Bas Muafakat Johor perluas laluan bantu rakyat kurangkan kos sara hidup

bas-muafakat-johor.jpg
Advertisement

MERSING, 12 JUL: Perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) akan diperluaskan awal tahun depan dengan penambahan 10 laluan baharu bagi memudahkan urusan perjalanan penduduk di negeri ini sekali gus menjimatkan kos sara hidup mereka.

Esco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri berkata kerajaan negeri baru-baru ini telah bersetuju meluluskan laluan itu dengan kos sebanyak RM3.84 juta dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Beliau berkata perbincangan mengenai laluan baharu itu telah diadakan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan kawasan terlibat.

Advertisement

“Kita telah melakukan semakan laluan dan menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan penduduk terhadap kesesuaian laluan tersebut sebelum dilaksanakan.

“Perancangan penetapan dan semakan laluan BMJ sentiasa dijalankan berdasarkan beberapa kriteria termasuk kawasan berpenduduk yang tiada perkhidmatan sebelum ini dengan kepadatan tinggi serta melalui kawasan kemudahan awam, pejabat agensi kerajaan, sekolah, kawasan rekreasi dan kawasan tumpuan masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Mengulas lanjut, Mohd Solihan berkata laluan BMJ turut mengambil kira keadaan infrastruktur sedia ada antaranya kelebaran jalan, radius pusingan di persimpangan, kemudahan pondok bas sedia ada serta hentian sebelah.

Advertisement

“Selain itu, laluan BMJ yang dicadangkan juga perlu mempunyai integrasi dengan perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi atau pun kereta sewa sedia ada serta perkhidmatan pengangkutan awam yang lain.

“Dengan penambahan ini, jumlah keseluruhan laluan BMJ adalah sebanyak 71 laluan seluruh negeri melibatkan 16 PBT.

“Justeru, kita berharap agar perkhidmatan BMJ terus efektif dalam usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat menggunakan pengangkutan awam sebagai mod utama pilihan,” katanya.

Advertisement

10 laluan baharu BMJ itu adalah Terminal Kluang-Pekan Kahang, Terminal Maharani-Simpang Jeram-Jorak, Terminal Mersing-Endau, Terminal Kota Tinggi-Tanjung Sedili, Hentian Labis-Bekok-Pekan Chaah, Renggam-Kluang, Perhentian Bas Yong Peng-Taman Sri Wangi-Taman Kota Impian-Taman Berjaya-Perhentian Bas Yong Peng, Perhentian Bas ‘long Peng-Kangkar Bahru, Terminal Bas Tangkak-lnstitut Latihan Perindustrian Tangkak serta Terminal Bandar Pontian-Kukup-Tanjung Piai.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top