BM | EN | 中文

“Baru nak buat Dewan Belia Johor, kerajaan sudah bertukar..”

kota-iskandar-bangunan-dun-johor.png

Gambar Ehsan Flickr / Mie Abdullah

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 MEI: Rancangan untuk mewujudkan Dewan Belia Negeri Johor bagi meningkatkan tahap literasi dan menyediakan barisan pelapis kepimpinan negeri tertangguh apabila kerajaan negeri bertukar.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berkata rancangan ke arah itu telah pun dirangka awal tahun ini bertujuan mendekatkan golongan muda dan memberi kesedaran tentang peri pentingnya pengetahuan berhubung proses pembuatan dasar di peringkat negeri.

“Sebenarnya kita merancang untuk membuat Dewan Belia Johor dan sepatutnya sudah dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Advertisement

“Tapi oleh kerana kerajaan bertukar, bermula dengan pertukaran Menteri Besar, perkara ini belum dapat dilaksanakan,” kata Suhaizan dalam wawancara khas bersama Johorkini ‘Perjalanan Sidang DUN Johor’ pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, perkara tersebut merupakan antara langkah reformasi DUN Johor melalui dapatan di seminar memperkasakan dewan yang dianjurkan Pejabat Speaker dengan kerjasama pejabat jurutulis yang disertai pelbagai tokoh perundangan dan ahli Dewan Rakyat.

Tambah beliau, usaha tersebut dijangka dapat meningkatkan kesedaran rakyat Johor untuk lebih beminat dan turut terlibat secara tidak langsung di dalam perbahasan kerana perkara yang dibincangkan di dalam DUN melibatkan kepentingan mereka sendiri.

Advertisement

“Tak ramai hadir sidang. Kalau di Parlimen (Dewan Rakyat) OK. Tetapi di Johor tak ramai yang hadir untuk mendengar sidang.

“Sebab mungkin pada mereka, tiada kaitan antara mereka dengan Dewan. (Mereka fikir) barangkali itu mungkin urusan Ahli Dewan, sedangkan sebenarnya Dewan itu adalah tempat untuk membincangkan isu mereka (orang ramai).

“Mereka dah lantik, lepas lantik (mengundi) mereka tak kisah. Biarlah apa yang dibincang mereka tak ambil peduli.

Advertisement

“Ini yang saya rasa perlu ada perubahan ‘mindset’ dan pemikiran kepada pengundi di Johor,” kata Suhaizan.

Tambah Suhaizan lagi meskipun kerajaan negeri telah bertukar, pihaknya akan terus berusaha melakukan perubahan bagi meningkatkan interaksi dengan pengundi dan orang ramai, antaranya melalui laman portal Dewan Negeri Johor.

Katanya melalui portal tersebut, selain bertujuan mengemaskini perkembangan sidang DUN, orang boleh mendapatkan maklumat berkenaan soalan-soalan yang diajukan oleh wakil rakyat mereka di DUN Johor.

Advertisement

Justeru itu beliau turut berharap, langkah-langkah dan cadangan memperkasakan DUN Johor dapat terus dijalankan meskipun tampuk kepimpinan di negeri Johor telah bertukar dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top