BM | EN | 中文

BARU BERSALIN ANAK KETUJUH, IBU REDAH BANJIR PARAS PINGGANG DI KOTA TINGGI

IMG-20191211-WA0036.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 11 Dis : Meskipun baru sahaja sebulan melahirkan anak yang ketujuh, mangsa banjir dari Taman Aman, Anuwar Begum Nur Islam, 37 terpaksa akur meredah banjir paras pinggangnya.

Wanita tersebut adalah antara 69 mangsa banjir daripada 14 keluarga bangsa Rohingya yang ditempatkan khas di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan  Cina (SJKC) New Kota, dekat sini, sejak dua hari lepas.

“Mereka (petugas di PPS) banyak bantu, bagi makan dan minum. Saya juga dapat keperluan bayi saya yang baru sebulan, anak lelaki, diberi pampers dan susu,” katanya ketika ditemui di PPS itu, pagi tadi.

Advertisement

Anuwar turut berada di PPS berkenaan bersama suaminya Abdul Kadeer Kalamiah dan enam anaknya yang lain.

Bagi Abdul Kadeer, dia sangat berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat terutama agensi-agensi kerajaan di PPS yang sering membantu mereka sewaktu banjir itu.

Dia yang bekerja di kedai cuci kereta bersyukur kerana diberikan tempat tinggal dan bantuan makanan dan minuman sementara, meskipun bukan warganegara Malaysia.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top