BM | EN | 中文

Barisan kabinet untuk selesai masalah rakyat – Muhyiddin

tsmy-kabinet2.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kabinet baharu yang diumumkannya hari ini bertujuan menyelesaikan masalah rakyat lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi global masa kini berada dalam situasi yang tidak menentu.

Katanya, selain perang perdagangan dan percaturan politik melibatkan kuasa-kuasa besar terus mewarnai lanskap sejagat Malaysia turut terkesan dengan wabak Coronavirus 2019 (COVID-19).

Justeru itu katanya, barisan kabinet akan memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap.

Advertisement

“Barisan kabinet saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

“Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM.

“Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus,” katanya pada sidang media selepas pengumuman barisan kabinet di Putrajaya, hari ini.

Advertisement

Ahli parlimen Pagoh itu berkata, pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam pelbagai bidang dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.

“Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a cabinet that delivers,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top