BM | EN | 中文

Barisan Exco Johor dinamakan Exco Makmur Johor

IMG-20200306-WA0008.jpg

JOHOR BAHRU, 6 MAC: Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad menamakan barisan Exco kerajaan negeri yang dilantik sebagai Exco Makmur Johor.

“Itu sahaja telah memadai untuk rakyat mengetahui bahawa matlamat pentadbiran saya adalah semata-mata untuk memanfaatkan Johor, negeri kita yang bertuah lagi dicintai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Hasni yang juga ADUN Benut memberitahu, barisan Exco kerajaan Johor ini adalah mereka yang mahu bekerja untuk  Johor.

“Barisan Exco ini adalah mereka yang telah diperkenankan oleh Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) untuk mengemudi negeri kita bersama-sama saya,” katanya.

Tambah beliau lagi, sudah banyak perkara baik yang telah kita kecapi dan sebagai sebuah negeri, Johor adalah yang termaju dan terkehadapan dalam banyak perkara

“Dan ia merupakan tanggungjawab hakiki sayan sebagai rakyat Johor dan Menteri Besar saudara-saudari semua, juga bersama barisan Exco untuk terusmemakmurkan negeri sedaya upaya kami.

“Johor harus makmur dalam sektor ekonomi. Johor harus makmur dalam sektor pendidikan dan sektor kesihatan. Johor harus mengamalkan tadbir urus yang telus dan adil, di samping berakar kukuh dengan identiti Johornya,” katanya.

Beliau berkata, amat banyak potensi tersirat Johor yang harus kita rungkai bersama.

“Samada saya, Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar mahupun barisan Exco yang bersama saya ini, atau para penjawat awam negeri yang sedia ada – ingatlah, kita semua mahu bekerja dan terus bekerja Untuk Johor.

“Cukuplah sudah berpolitik. Cukuplah sudah kita berkelahi. Sudah pastinya, kita mahu yang terbaik Untuk Johor,” katanya.

Beliau percaya, barisan Exco Makmur Johor ini adalah Exco yang bekerja untuk semua.

“Kerajaan pimpinan saya adalah kerajaan untuk semua. Bersetialah Untuk Johor. Berbaktilah Untuk Johor. Bekerjalah Untuk Johor. Kerana akhirnya, kita semua mahukan Johor yang lebih Makmur,” katanya lagi.

Berikut merupakan barisan Exco Makmur Johor:-

1. DATUK Ir HASNI MOHAMMAD
(N53: DUN BENUT)
PENGERUSI JAWATANKUASA HASIL BUMI, PENTADBIRAN, KEWANGAN,PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI JOHOR

2. DATUK HAJI SAMSOLBARI JAMALI
(N20: DUN SEMARANG)
PENGERUSI JAWATANKUASA PERTANIAN, INDUSTRI ASAS TANI DAN KEMAJUAN LUAR BANDAR NEGERI JOHOR

3. MAZLAN BUJANG
(N41: DUN PUTERI WANGSA)
PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN, WARISAN DAN BUDAYA NEGERI JOHOR

4.R VIDYANANTHAN
(N31: DUN KAHANG)
PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

5.TOSRIN JARVANTHI
(N50: DUN BUKIT PERMAI)
PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

6. AYUB JAMIL
(N25: DUN RENGIT)
PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR

7.MOHD SOLIHAN BADRI
(N5: DUN TENANG)
PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA RAYA, PENGANGKUTAN DAN INFRASTRUKTUR NEGERI JOHOR

8. ZAITON ISMAIL
(N16: DUN SUNGAI BALANG)
PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

9.DATUK ONN HAFIZ GHAZI
(N27: DUN LAYANG-LAYANG)
PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR

10.MOHD IZHAR AHMAD
(N44: DUN LARKIN)
PENGERUSI JAWATANKUASA PELABURAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN, KOPERASI DAN SUMBER MANUSIA NEGERI JOHOR

11. DR CHONG FAT FULL
(N3: DUN PEMANIS)
PENGERUSI JAWATANKUASA PERPADUAN, PERDAGANGAN DAN HAL EHWAL PENGGUNA NEGERI JOHOR

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top