BM | EN | 中文

Barisan exco dijangka dilantik Jumaat ini

DSC_7278-scaled.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 4 MAC: Barisan exco kerajaan negeri yang baharu dijangka akan dilantik Jumaat ini setelah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, pihaknya telah menyediakan senarai cadangan nama untuk dipersembahkan kepada Sultan Johor, esok.

Katanya, lebih daripada 10 nama yang mewakili kesemua parti yang membentuk gabungan baharu ini disenaraikan.

Advertisement

“Kesemua parti telah menyerahkan senarai nama calon dan esok saya akan mengadap Sultan Ibrahim untuk mendapat perkenan baginda.

“InshaAllah dijangkakan Jumaat ini lantikan dan majlis angkat sumpah bagi barisan exco kerajaan negeri baharu dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, barisan exco yang akan ditubuhkan kelak perlu mencerminkan komposisi kaum di negeri ini.

Dalam sidang akhbar yang sama, ADUN Pemanis, Dr Chong Fat Full turut mengisytiharkan keluar PKR dan memberi sokongan kepada kerajaan negeri baharu.

Katanya, keputusan tersebut bukan perkara mudah namun ia diambil dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri Johor.

Advertisement

“Keputusan itu baharu dibuat pagi tadi. Sebelum itu saya telah berfikir dengan matang dan berbincang dengan keluarga, penyokong dan pengundi di DUN Pemanis.

“Dengan itu, saya mengisytiharkan keluar daripada PKR, dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan negeri baharu,” ujarnya yang menegaskan keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top