BM | EN | 中文

BANYAK USAHA TELAH DILAKSANAKAN PH- GUAN ENG

IMG-20191110-WA0043.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 10 NOV : Dalam tempoh 18 bulan pemerintahan, kerajaan telah merangka inisiatif #MalaysiaKerja bagi membuka peluang 35000 pekerjaan, tegas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kenyataan itu ditegaskan beliau susulan persoalan dari pembangkang mengenai apa yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk kesejahteraan rakyatnya.

Advertisement

“Banyak perkara diusahakan kerajaan termasuklah merangka peluang kerja dengan gaji munasabah dan tempoh 18 bulan kami memerintah.

“Ini kerana, sebelum ini antara masalah rakyat ialah tidak mempunyai peluang kerja dengan gaji yang munasabah” katanya pada ceramah PH sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, di sini, malam tadi.

“Kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion bagi mereka yang menganggur termasuk dengan insentif gaji bagi majikan supaya dapat berikan peluang kerja dengan gaji munasabah bagi rakyat Malaysia,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, menerusi Belanjawan 2020, kerajaan perkenalkan program #WatanKerja untuk menarik minat rakyat tempatan khususnya golongan muda mengisi pekerjaan dalam sektor 3D.

#WatanKerja merupakan antara empat program yang diperkenalkan di bawah inisiatif #MalaysiaKerja.

Program ini bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

Advertisement

Di bawah program ini, warganegara yang menggantikan pekerja asing diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor.

Manakala majikan pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.

Terdapat juga program #GraduanKerja di bawah inisiatif #MalaysiaKerja.

Advertisement

#GraduanKerja direka khusus untuk pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan.

Di bawah program ini, graduan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top