BM | EN | 中文

Bantuan RM3,000 one-off untuk pengusaha industri sukan tak memadai – Steven Sim

steven-sim.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Bantuan one-off RM3,000 kepada pengusaha industri sukan yang diumumkan kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) tidak memadai.

Ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, ia umpama memberi penyedut minuman kepada orang yang sedang lemas.

“Krisis industri sukan tidak dapat diselesaikan dengan RM3,000 sahaja.

Advertisement

“Bantuan one-off RM3,000 itu langsung tidak memadai dan umpama memberi penyedut minuman kepada orang yang sedang lemas,” kata Steven Sim, lapor Roketkini.

Katanya, industri sukan merupakan antara sektor yang paling terjejas selepas setahun negara menghadapi pandemik Covid-19, antara yang terawal ditutup dan antara yang terakhir dibuka semula.

Tambah beliau, berbeza dengan sektor lain, model perniagaan industri sukan sukar untuk diubah contohnya kepada sistem “penghantaran” seperti sektor penjualan makanan dan minuman.

Advertisement

“Apabila kerajaan mengarahkan penutupan industri sukan, pengusaha-pengusaha dalam sektor ini akan terputus pendapatan sama sekali.

“Ini belum kira para pekerja makan gaji, jurulatih, instruktor, juru terapi dan sebagainya yang sudah terputus gaji hampir setahun. Industri sukan memberi pekerjaan kepada 15,000 pekerja,” katanya.

Steven sebelum telah mencadangkan peruntukan RM100 juta sebagai Dana Kelangsungan Industri Sukan.

Advertisement

Antaranya, subsidi 50 peratus sewa bulanan, geran pendigitalan RM10,000, bantuan bulanan RM1,000 kepada individu bekerja sendiri dalam industri sukan, RM1,000 elaun bulanan upskilling dan reskilling kepada mereka yang mengikuti kursus pensijilan sukan dan kejurulatihan.

“Jika dibandingkan dengan kerugian RM110 juta oleh sektor gim dan pusat kecergasan sahaja, RM100 juta ini bukanlah besar sangat untuk keseluruhan industri sukan.

“Tambahan pula, RM100 juta merupakan hanya 10 perauts belanjawan tahunan Kementerian Belia dan Sukan yang sememangnya tidak dapat menjalankan banyak program pada tahun ini.

Advertisement

“Justeru tidak keterlaluan jika peruntukan ini digunakan untuk menyelamatkan industri sukan yang sedang lemas,” katanya lagi.

Steven turut menyarankan Skim Pembiayaan Industri Sukan diubah kepada pinjaman mudah tanpa faedah dengan moratorium automatik enam bulan pertama.

“Selain itu, insentif cukai kepada syarikat yang memberi keahlian gim atau kemudahan sukan yang lain kepada pekerja mereka, menganjurkan aktiviti sukan sama ada secara fizikal atau maya dan menaja sukan,” kata bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top