BM | EN | 中文

BANTUAN RM1,000 KEPADA NELAYAN BUKAN ‘GULA-GULA’ PRK TANJUNG PIAI

Mohd-Fahim.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 NOV : Bantuan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada nelayan di kawasan Johor Selatan bukanlah ‘gula-gula’ sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang bakal berlangsung pada 16 November ini.

Namun, Ketua Armada Bersatu Iskandar Puteri, Mohd Fahim Mohd Farid memberitahu, bantuan itu sebenarnya telah dibentangkan oleh kerajaan negeri pada sesi Belanjawan Johor pada tahun ini.

Katanya, bantuan tersebut bukan sahaja melibatkan nelayan di Tanjung Piai di Pontian semata-mata.

Advertisement

“Sebaliknya, ia turut melibatkan kawasan keseluruhan Johor Selatan termasuklah Johor Bahru, Pulai, Gelang Patah, Pasir Gudang dan Tebrau.

“Insentif itu telah diumumkan oleh kerajaan negeri pada Belanjawan Johor 2019 dan bukannya perkara baru sebagai ‘gula-gula’ kepada rakyat Tanjung Piai kerana ada PRK di sana,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Fahim memberitahu, selain itu, ia juga termasuklah RM500,000 yang mana membabitkan Program Penghakupayaan Komuniti Nelayan iaitu melibatkan latihan dan bantuan peralatan.

Advertisement

“Bantuan tersebut akan bermula dibayar secara berfasa mulai minggu hadapan.

“Insentif ini mengambil sedikit masa kerana kerajaan negeri perlu memastikan senarai penerima bantuan ini dikemaskini, supaya tiada ketirisan, katanya.

Berikutan itu, beliau yang juga Exco Armada Bersatu turut mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak mempolitikkan tanggungjawab Menteri Besar Johor.

Advertisement

“Bantuan ini tiada isu dan ia adalah tanggungjawab beliau sebagai Ketua Kerajaan Johor untuk berkhidmat kepada rakyat di negeri ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan bantuan khas kepada nelayan di Tanjung Piai adalah bagi memenuhi janji Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik yang menyandang kerusi Parlimen itu kepada penduduk kawasannya.

Salahuddin menegaskan sebagai memenuhi tanggungjawab, kerajaan Pakatan Harapan melunaskan janji berkenaan untuk memberi bantuan kepada golongan yang berhak.

Advertisement

“Sebagai menteri, apa yang dijanjikan Dr Farid kepada nelayan, maka kita akan bagi. Kita tidak boleh tunggu orang lain untuk berbuat demikian.

“Kita berikan kepada yang berhak kerana kita kerajaan yang bertanggungjawab. Contohnya, jika ada jeti yang sudah dalam keadaan uzur, kita tidak mahu tunggu sehingga runtuh baru nak bagi,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (QMT) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top