BM | EN | 中文

Bantuan Ranhill SAJ ke Selangor demi kepentingan semua pengguna air di Malaysia

Bantuan-Ranhill-SAJ-ke-Selangor-demi-kepentingan-semua-pengguna-air-di-Malaysia.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OKT: Ranhill SAJ Sdn. Bhd (Ranhill SAJ) menjelaskan bantuan dihulurkan kepada syarikat pembekal air di negeri Selangor, Air Selangor adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya dalam melindungi kepentingan seluruh masyarakat di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Nor Ifuan Md Nor berkata, usaha tersebut tidak terhad kepada negeri atau kawasan tertentu sahaja sebaliknya satu usaha untuk membantu mana-mana pengendali air di Malaysia yang mengalami situasi serupa.

“Ranhill SAJ memahami kesukaran pengguna air yang berdepan dengan masalah mendapat bekalan air.

Advertisement

“Walaupun tumpuan Ranhill SAJ kekal terhadap para pengguna air di Johor, namun sebagai warga korporat Malaysia yang prihatin, menjadi tanggungjawab kami untuk meringankan beban pengendali dan pengguna air lain setakat yang termampu,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain menghulurkan bantuan kepada Selangor, bantuan lori tangki milik Ranhill SAJ sebelum ini juga pernah dihantar ke negeri lain seperti Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan semasa mereka menghadapi situasi yang sama.

Dalam perkembangan terbaru, Ranhill SAJ menghantar 10 buah lori tangki air bagi membantu penduduk di Selangor mendapat bekalan air berikutan empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri tersebut yang terpaksa ditutup

Advertisement

Usaha Ranhill SAJ ini mendapat maklum balas positif di media sosial, termasuklah video berdurasi dua minit yang dirakam oleh pengguna air terbabit yang tular sejak beberapa hari lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top