BM | EN | 中文

Bantuan maklumat diperlukan susulan penemuan mayat wanita

Ashmon-e1571634128511.jpg

"Semasa pihak polis membuat rondaan, telah temui sekumpulan remaja sedang leka berbual-bual. Menyedari kehadiran pihak polis, ketiga remaja telah melarikan diri dan bersembunyi" - Ahsmon Bajah

Advertisement

KOTA TINGGI, 12 FEB : Polis memohon kerjasama dari mana-mana pihak yang mempunyai maklumat susulan penemuan mayat seorang wanita di kawasan sungai Kampung Panti, di sini pada 4 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan orang awam kepada pihak polis pada jam 7.20 malam.

Katanya, bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah menjalankan siasatan.

Advertisement

“Ketika ditemui si mati berbaju t-shirt hitam bertulis ‘MANGO’ berjaket hitam-kelabu bertulis ‘CONFIDENT’ berseluar jeans hitam jenama ‘THE ONE’ dan memakai jam tangan berjenama ‘POLO CLUB’.

“Identiti si mati tidak dapat dikenalpasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada badan si mati dan di tempat kejadian.

“Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mayat dalam kesini, yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau memohon kerjasama dari mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau yang mengenali individu berkenaan, boleh menghubungi ASP Fauzi Kamarudin di talian 07-8831222 atau 019-6529472 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top