BM | EN | 中文

Bantuan makanan kepada gelandangan: Tatacara baru kerajaan Johor menyusahkan NGO

Sharon-Teoh.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JAN: Tindakan kerajaan Johor mengetatkan tatacara pemberian makanan kepada golongan gelandangan di bandaraya ini dilihat menimbulkan kesukaran kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah), Sharon Teoh berkata, kerajaan sepatutnya memudahkan perkara tersebut dan hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bukan begini caranya untuk mengendalikan keadaan ini. Mudahkan cara, bukan dengan apa yang dilakukan sekarang.

Advertisement

“NGO ini berniat baik untuk membantu satu sama lain. Saya cadangkan agar kerajaan menyediakan platform pusat atau ‘center’ secara atas talian untuk memudahkan permohonan. Bukan dengan cara terpaksa ke Pejabat Daerah dan sebagainya.

“Proses ini boleh dilakukan dengan menyediakan satu pusat info sahaja. Kita tidak mahu menyukarkan pihak yang berhati mulia untuk memberikan bantuan,” katanya ketika dihubungi.

Perkara itu turut disuarakan Adun Perling, Cheo Yee How berpandangan agar kerajaan hanya perlu memantau sahaja dan tidak perlu menyukarkan keadaan.

Advertisement

Adun Perling, Cheo Yee How

Kata Yee How, gelandangan juga perlu disantuni dalam suasana PKP dan mereka juga adalah golongan yang terjejas ketika ini.

“Perlu pemantauan sahaja. Tidak perlu sampai menyusahkan. Kita faham dengan keadaan hari ini tapi mengapa sampai menyusahkan penyumbang dalam memberikan bantuan?

“Pemantauan boleh dilakukan dengan hanya NGO memaklumkan sahaja dan ditempatkan ke kawasan yang telah ditetapkan.

Advertisement

“Tidak perlul sampai membabitkan Nadma dan pelbagai agensi lain kerana ia menyukarkan NGO atau individu yang mahu menyumbang,” katanya.

Semalam, Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail, mengeluarkan tatacara baharu berkenaan pemberian makanan kepada golongan gelandangan di bandaraya Johor Bahru.

Antara alasan diberikan adalah untuk mengekang penularan Covid 19.

Advertisement

Kenyataan tersebut turut memaklumkan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menetapkan kawasan khusus untuk pemberian makanan tersebut iaitu di Dataran Seri Lanang.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top