BM | EN | 中文

Bantuan khas OKU: Yayasan Warisan Anak Selangor terima 7,000 permohonan

Yayasan-Warisan-Anak-Selangor-YAWAS.png
Advertisement

SHAH ALAM 3 OGOS: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerima lebih 7,300 permohonan insentif RM500 yang dikhususkan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) sejak dibuka setakat Sabtu.

Pengurus besar Gan Pei Nei berkata 100 permohonan telah diluluskan dan individu yang layak sudah menerima bantuan tersebut pada minggu lalu.

“Setakat ini proses penilaian sedang dijalankan dan mendapati terdapat permohonan yang tidak lengkap kerana tiada pengesahan daripada pihak sepatutnya.

Advertisement

“Oleh demikian, kita memutuskan untuk melanjutkan tempoh permohonan yang tidak lengkap hingga 9 Ogos,” katanya, lapor SelangorKini.

Menurut Pei Nei, beliau akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri supaya mempertimbang menambah jumlah penerima yang layak.

“Sasaran adalah 1,200 individu tetapi permohonan diterima amat menggalakkan dan kebanyakan pemohon terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Advertisement

Insentif sekali bayar dengan peruntukan RM600,000 merupakan sebahagian Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumum  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 9 Jun.

Bantuan itu dikhususkan untuk golongan OKU yang terjejas sumber pendapatan, hilang pekerjaan tetap atau pengurangan gaji akibat wabak Covid-19.

Syarat kelayakan termasuk warganegara, berusia 18 tahun ke atas dan pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top