BM | EN | 中文

Bantuan khas NADMA Covid-19: Waris simati tak perlu ke hospital sahkan kematian

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 30 MEI: Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menghubunginya dan memaklumkan waris kematian akibat Covid-19 tidak perlu ke hospital untuk mendapatkan pengesahan bagi kelulusan bantuan khas.

Tan dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menerima emel dari agensi bahawa pemohon atau waris si mati bantuan khas NADMA tidak perlu lagi hadir ke hospital yang memaklumkan kematian berkaitan Covid-19 bagi pengesahan punca kematian di Borang Permohonan.

“Dalam balasan emel yang sama, pihak NADMA juga akan membuat pengesahan punca kematian dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA diterima.

Advertisement

“Pemohon atau waris si mati hantar sahaja borang permohonan beserta dengan salinan sijil kematian, salinan kad pengenalan dan salinan penyata bank pemohon bagi permohonan bantuan khas ini,” kata Tan.

Terdahulu, Tan sebelum ini telah membuat laporan kepada NADMA tentang aduan seorang waris si mati di Segamat.

Menurut neliau, kerajaan telah menasihati semua melakukan “lockdown kendiri’ dan keluarga untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Advertisement

Namun, NADMA memintanya hadir ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom di Kluang bagi mendapatkan pengesahan dari hospital yang memaklumkan kematian berkaitan Covid-19, sedangkan sijil kematian JPN telah menjelaskan punca kematian.

“Saya amat berterima kasih atas tindakan susulan dan maklum balas yang pantas daripada pihak NADMA berkenaan aduan tersebut.

“Saya juga bersyukur kerana pihak NADMA telah mempermudahkan proses permohonan bantuan khas ini dengan pemohon tanpa perlu hadir ke hospital untuk pengesahan punca kematian,” katanya lagi.

Advertisement

Kepada yang layak memohon Bantuan Khas ini, boleh memuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1iGjm-l-bNLVB8_F6PxKULiLzKFal8rJy/view .

Pemohon juga diminta menghantar borang permohonan yang telah diisi berserta salinan sijil kematian, salinan kad pengenalan dan salinan penyata bank pemohon (waris si mati) melalui POS kepada Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok 5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 Putrajaya (U.P : Sekretariat KWABBN) atau melalui emel kepada bkcovid19@nadma.gov.my atau melalui talian WhatsApp +6011-1321 8056.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top