BM | EN | 中文

BANTUAN KHAS KEWANGAN BANTU PERSEDIAAN ANAK MASUK SEKOLAH

bantuan-poster.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 DIS: Melalui Belanjawan Johor 2020, kerajaan negeri memperuntukkan Bantuan Khas Kewangan bagi 13,400 penjawat awam di negeri Johor.

Tinjauan Johorkini mendapati rata-rata penjawat awam di Johor menyambut baik bantuan khas ini kerana memberi implikasi positif kewangan mereka.

Mohamad Norzaharuddin Kasimon, 30 tahun, Pegawai Tadbir Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor berkata, Bantuan Khas Kewangan merupakan bukti keprihatinan kerajaan negeri menghargai pengorbanan penjawat awam.

Advertisement

“Selain membuktikan keprihatinan kerajaan, bantuan ini membantu kami menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Bagi kakitangan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang bersekolah, bantuan tersebut boleh digunakan untuk membayar yuran dan persediaan sesi persekolahan yang akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Taufiq Akmal Hisham,27, jurugambar di Yayasan Warisan Johor (YWJ) berpendapat bantuan khas kewangan tersebut amat berguna dalam membantu golongan ibu bapa membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak mereka pada awal tahun 2020.

Advertisement

“Bagi para penjawat awam yang belum berkahwin pula, ianya amat membantu dari segi pembelian barang keperluan dan tujuan tabungan di masa hadapan.

“Bantuan ini juga boleh dijadikan persediaan kewangan sewaktu kecemasan,” kata Taufiq.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam pembentangan Belanjawan Johor 2020 mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada 13,400 penjawat awam negeri ini.

Advertisement

Kata Sahruddin, bantuan khas itu bagi membalas komitmen, dedikasi dan pengorbanan penjawat awam negeri ini.

Ia akan dibayar sebanyak dua kali iaitu sebelum akhir tahun 2019 dan juga sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM34.78 juta

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top